Biografi Mahmoud al-Mabhouh

Al-Mabhouh lahir di Jabaliya, Gaza pada 14 Disember 1960. Pada tahun 1970 ia bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan tahun 1980 ia dilaporkan terlibat dalam sabotaj kedai kopi di mana perjudian berlangsung. Pada tahun 1986 pasukan keselamatan Israel menangkapnya kerana memiliki sepucuk raifel. Selepas dibebaskan beliau terlibat dengan Hamas. Pada Mei 1989 dia dipercayai terlibat dalam pembunuhan dua tentera Israel. Dia lari Genting Gaza untuk mengelakkan penangkapan. Dia juga dituduh menyeludup senjata dan bahan letupan ke Gaza. Tahun 2003 dia dipenjarakann di Mesir.

1989 beliau dipercayai terlibat dalam penculikan 1989 dan pembunuhan dua tentera Israel, Avi Sasportas dan Ilan Sa'adon dan beberapa serangan lain. Rumahnya di Gaza dilaporkan telah dihancurkan oleh Israel pada tahun 1989. Dia telah ditangkap beberapa kali oleh Israel.